27 December 2009

KURSUS KEMANTAPAN DAN UJIAN KENAIKAN BENGKONG DI TAMAN POLITEKNIK TELUK KEMANG PORT DICKSON BERJAYA

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah KURSUS KEMANTAPAN DAN UJIAN KENAIKAN BENGKUNG TELAH BERJAYA DIADAKAN DI TAMAN POLITEKNIK TELUK KEMANG PORT DICKSON PADA 20.12.2009 ~ 24.12.2009.Seramai 17 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus tersebut.10 peserta daripada GELANGGANG PUSAKA GAYONG SUBANG PERDANA,4 peserta daripada GELANGGANG BUKIT MENDI BERA PAHANG dan 3 peserta daripada GELANGGANG SULONG TAMAN POLITEKNIK TELUK KEMANG.Seramai 7 orang gurulatih dan 3 orang pembantu gurulatih turut menjayakan kursus tersebut.Kursus tersebut membabitkan ujian kenaikan bengkong awan putih dan bengkong pelangi hijau.Majlis penutup kursus tersebut turut di ceriakan dengan kehadiran Tan Sri Dato' Seri ISA SAMAD selaku pemegang SANDANG IMAM KHALIFAH BESAR NEGERI SEMBILAN dan AYAHANDA CIKGU TUAH JANI BIN DATO' RAJA ABDUL MAJID selaku WARIS MUTLAK P.S.S.P.G.M / KETUA PANGLIMA HITAM(SINGA MALAYA).Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya melepasi satu tahap dalam ilmu persilatan mereka.

HIDUP MULIA MATI SYAHID








26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Assalamualaikum.Saya mewakili semua gurulatih dan ahli-ahli Pusaka Gayong Subang Perdana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anak-anak Gayong Setanah Melayu dan kepada seluruh Umat Islam.Semoga kita dapat mengambil iktibar diatas pengorbanan yang dilakukan oleh Rasul-rasul,Nabi-nabi dan orang yang terdahulu daripada kita.Dan moga Aidiladha ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita....assalamualaikum...

24 November 2009


Assalamualaikum.Pada 21.11.2009 telah berlangsung majlis perkahwinan anakanda bongsu Ayahanda Dato`Raja Abdul Majid b.Raja Mat Isa iaitu Cikgu Farhana bersama pasangannya Ikram.Majlis perkahwinan itu berlangsung di Gelanggang Pusat P.S.S.P.G.M Gurun Kedah.Pihak P.S.S.P.G.M Subang Perdana yang menghadiri majlis itu ialah Cikgu Fariz,Cikgu Alif dan Cikgu Emy Fadzlie.Saya bagi pihak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Farhana dan Pasangannya Ikram.Semoga usia perkahwinan kekal hingga keakhir hayat dan bahagia selalu.

19 November 2009

TAHNIAH KEPADA CIKGU EMY FADZLIE


Assalamaualaikum.Tahniah kepada Cikgu Emy Fadzlie kerana telah dikurniakan cahayamata baru-baru ni.Isteri beliau telah selamat melahirkan Putera beliau pada 03.11.2009.Putera Cikgu Fadzlie telah diberi nama Muhammad Haziq Aiman.Saya mewakili seluruh ahli Pusaka Gayong Subang Perdana ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Emy Fadzlie dan Isteri.Moga tali ikatan perkahwinan mereka berdua akan kekal dan berseri hingga ke akhir hayat dan kami semua berharap kesemua cahaya mata mereka berdua dapat menjadi Pendekar yang cemerlang,gemilang dan terbilang seperti ayah mereka(Cikgu Emy Fadzlie).Insyaallah...Aammiinn....

11 November 2009

Cikgu Jebat dalam kombat

Aksi Cikgu Majid dan Cikgu Jebat