22 February 2010

AIRMATA RASULULLAH S.A.W

AIRMATA RASULULLAH SAW... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita

09 February 2010

LATIHAN DI GELANGGANG SEKSYEN 24 INDAH BERJALAN LANCAR











ASSALAMUALAIKUM SEMUA.LATIHAN DI SEKSYEN 24 INDAH BERJALAN LANCAR.SERAMAI 34 ORG AHLI HADIR DI LATIHAN PERTAMA MEREKA.UNTUK PERINGKAT PERMULAAN PIHAK GURULATIH DAN PEMBANTU GURULATIH TELAH MENITIK BERATKAN ASAS TUMBUK TANGKIS DAN PANCUNG SERTA BEBERAPA ASAS SEPAKAN.ALHAMDULILLAH WALAUPUN AHLI BARU KELIHATAN PENAT TETAPI DENGAN SEMANGAT YG ADA SERTA PERASAAN INGIN BELAJAR MEREKA SEMUA DAPAT IKUTI PELAJARAN DENGAN SEMPURNA.SAYA BG PIHAK GURULATIH SERTA PEMBANTU GURULATIH MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SELURUH AHLI GAYONG BARU DI SEKSYEN 24 INDAH SHAH ALAM...ASSALAMUALAIKUM...

" HIDUP MULIA,MATI SYAHID "

PEMBUKAAN GELANGGANG DI SEKSYEN 24 INDAH SHAH ALAM




ASSALAMUALAIKUM SEMUA.SAYA DENGAN RENDAH DIRI INGIN MENGWAR-WARKAN BAHAWA SATU LAGI GELANGGANG DI BAWAH PENTADBIRAN GAYONG PUSAKA SUBANG PERDANA TELAH DIBUKA DI SEKSYEN 24 INDAH SHAH ALAM.SETAKAT INI ALHAMDULILLAH SERAMAI 50 ORANG AHLI TELAH MENYERTAI.KAMI JUGA BERTERIMA KASIH KEPADA AHLI MAJLIS PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 24 INDAH KERANA MEMBERI KAMI RUANG DAN BANYAK MENYOKONG KAMI DARI SEGI PEMBUKAAN GELANGGANG DI SEKSYEN 24 INDAH.KAMI JUGA AMAT BERBESAR HATI KERANA DIBERI RUANG TANAH UNTUK DIJADIKAN GELANGGANG.AKHIR KATA JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PELBAGAI PIHAK YG TURUT MENTYOKONG DAN MEMBANTU SEDIKIT SEBANYAK DALAM USAHA PEMBUKAAN GELANGGANG DI SEKSYEN 24 INDAH...ASSALAMUALAIKUM...

" HIDUP MULIA,MATI SYAHID "

05 February 2010

MASYUARAT A.J.K PUSAT,PERJUMPAAN GURU-GURU DAN KETUA-KETUA ADAT P.S.S.P.G.M




Assalamualaikum dan salam sejahtera..
http://www.blogger.com/img/blank.gif

Panggilan ini ditujukan kepada semua anak-anak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Mesej ini disampaikan oleh Cikgu Rusli Setiausaha Majlis Gurulatih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Kepada semua yang terlibat diminta menghadirkan diri bagi mesyuarat AJK pusat, perjumpaan guru-guru baru dan lama serta Ketua-Ketua Adat PSSPGM pada:


Hari: Ahad
Tarikh: 14 Februari 2010
Tempat: Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM, Gurun Kedah
Masa: 2.30 petang

06 January 2010

DEMO DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM






ASSALAMUALAIKUM.PADA 02.01.2010 PIHAK P.S.S.P.G.M PANGSAPURI DAISY SUBANG PERDANA TELAH DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN / DEMO DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM IAITU MUHAMMAD IHSAN BIN DATO' SERI ANWAR BERSAMA PASANGANNYA NURUL SYAHEEDAH BINTI JES IZMAN DI KEDIAMAN DATO' SERI DI BUKIT SEGAMBUT.MAJLIS JUGA DI SERIKAN LAGI DENGAN ALUNAN SERUNAI DAN PALUAN GENDANG SILAT YANG DIDATANG KHAS DARI GURUN KEDAH.SAYA BAGI PIHAK P.S.S.P.G.M PANGSAPURI DAISY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN PENGANTIN SEMOGA JODOH KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT DAN DIKURNIAKAN ZURIAT CEPAT...AAAMMIIINNN....

TAHNIAH KEPADA CIKGU FIRDAUS SAMAD



ASSALAMUALAIKUM.PADA 25.12.2009 ~ 31.12.2009 CIKGU FIRDAUS TELAH MENGHADIRI KURSUS KEMANTAPAN DAN UJIAN KENAIKAN BENGKUNG DI PUSAT LATIHAN TERTINGGI P.S.S.P.G.M DI GURUN KEDAH.SEPANJANG SEMINGGU BERADA DISANA BANYAK RINTANGAN YANG TELAH CIKGU FIRDAUS HADAPI UNTUK BERGELAR SEORANG GURULATIH.AKHIRNYA DENGAN BERKAT KESABARAN CIKGU FIRDAUS LULUS DALAM UJIAN KENAIKAN BENGKUNG MERAH DAN DIANUGERAHKAN CULA 3 SERTA SIJIL LAYAK MENGAJAR (GURULATIH).MAJLIS PENUTUP JUGA TELAH DI MERIAHKAN LAGI DENGAN SAMBUTAN HARI LAHIR GURU UTAMA YANG JUGA Y.D.P P.S.S.P.G.M AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID BIN RAJA MAT ISA YANG KE-70.SAYA BAGI PIHAK P.S.S.P.G.M APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU FIRDAUS.HARAPAN SAYA MOGA DAPAT JALANKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN.KEPADA AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID BIN RAJA MAT ISA PULA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI DAN SIHAT WALAFIAT SELALU.

Cikgu Jebat dalam kombat

Aksi Cikgu Majid dan Cikgu Jebat