26 October 2009

UPACARA PERLIMAU TAPAK DI TAMAN SRI PULAI SEREMBAN BERJALAN LANCAR











Assalamualaikum semua.Pada minggu lepas saya dijemput untuk menghadiri Majlis Perlimau Tapak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Seremban (Cikgu Abu , Cikgu Rashid dan Cikgu Suhaimi ).Majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta mencecah 50 orang.Majlis juga di serikan dengan kehadiran gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli Pusaka Gayong dari Port Dickson.Acara tersebut dimeriahkan lagi oleh persembahan demo dari Pusaka Gayong Seremban dan Pusaka Gayong Port Dickson.Majlis Perlimau Tapak tersebut telah di sempurnakan oleh Cikgu Abu sendiri selaku wakil mutlak dan direstui oleh Ayahanda Dato' Raja Abdul Majid Bin Raja Mat Isa.Harapan saya agar murid-murid gayong baru tersebut dapat menjaga dan mewarisi seni pusaka bangsa kita pada masa hadapan dan diharap juga para gurulatih-gurulatih yang diamanahkan untuk mendidik dan mengajar murid-murid berkenaan dapat bersabar dalam proses mencurahkan ilmu kepada murid-murid gayong yang baru..INSYAALLAH..

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM ( BBQ )

ASSALAMUALAIKUM KEPADA PEMBACA.SAYA DENGAN SUKACITANYA INGIN MENKHABARKAN BAHAWA SATU MAJLIS MAKAN MALAM (BBQ) AKAN DIADAKAN PADA 30.05.2009 ( SABTU ) JAM 9.00 MALAM BERTEMPAT DI DATARAN APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA.TUJUAN JAMUAN INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN SEMUA PIHAK YANG TERBABIT DALAM MAJLIS ADAT-ISTIADAT PUSAKA GAYONG PADA 11.04.2009 YANG LEPAS.SEMUA AHLI PUSAKA GAYONG APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA BESERTA KELUARGA DAN PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS MAKAN MALAM TERSEBUT.DISAMPING ITU SAYA AMAT BERHARAP AGAR MAJLIS INI DAPAT MENGERATKAN LAGI ANTARA PIHAK PENGURUSAN PUSAKA GAYONG APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA DENGAN MASYARAKAT DAISY.

KURSUS KEMANTAPAN DAN JATI DIRI DI PORT DICKSON

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA.PIHAK PENGURUSAN PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA CAWANGAN APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA BERSAMA KERJASAMA PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA AKAN MENGADAKAN KURSUS KEMANTAPAN DAN JATI DIRI UNTUK MURID-MURID PUSAKA GAYONG APARTMENT DAISY SUBANG PERDANA DI TELUK KEMANG PORT DICKSON.TUJUAN UTAMA KURSUS INI DIADAKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELATIH SERTA MENDIDIK AHLI SUPAYA BERDIKARI,BERDISPLIN DAN MELAHIRKAN KEYAKINAN DALAM DIRI SENDIRI PADA MASA HADAPAN APABILA MENGHADAPI MASA SUKAR MAHUPUN SENANG.AKTIVITI YANG DI CADANGKAN ADALAH KURSUS JATI DIRI,KURSUS FARDHU AIN,LATIHAN KEMANTAPAN ( SILAT ) UNTUK MURID-MURID DAN SESI RAMAH MESRA DENGAN SAUDARA SEGAYONG DI LUAR KAWASAN.TARIKH YANG SESUAI TELAH DITENTUKAN IAITU JATUH PADA HARI SABTU DAN AHAD BERSAMAAN 06.06.2009 - 07.06.2009.PENYERTAAN ADALAH TERHAD.PENYERTAAN JUGA TIDAKLAH WAJIB.BAGI MURID-MURID YANG BERMINAT BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA.BORANG PERSETUJUAN IBU,BAPA DAN PENJAGA BOLEH DAPATKAN DARIPADA SAYA.KURSUS INI JUGA BAKAL DI JAYAKAN DAN DI MERIAHKAN OLEH ANAK-ANAK GAYONG DARI PORT DICKSON DAN SEREMBAN.PENYERTAAN JUGA TERBUKA KEPADA AHLI-AHLI GAYONG DARI LUAR KAWASAN SUBANG PERDANA.BAGI YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS DI TALIAN 012-5712730.TENTANG JUMLAH BAYARAN MASIH DALAM PERBINCANGAN DAN AKAN DI MAKLUMKAN SECEPAT MUNGKIN.

TAMBAHAN HARI DAN WAKTU LATIHAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.DIATAS PERMINTAAN AHLI DEWASA SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRINYA INGIN MENGUMUMKAN WAKTU LATIHAN TAMBAHAN BAGI MURID-MURID DEWASA TELAH DILULUSKAN DENGAN PERSETUJUAN SAYA DAN SEMUA MURID BIASA.HARI DAN WAKTU LATIHAN TERSEBUT IALAH PADA HARI JUMAAT (MALAM) BERMULA JAM 8.30 MALAM DAN BERAKHIR PADA JAM 11.30 (MALAM).JADI KESELURUHANNYA ADALAH BERJUMLAH 3 KALI SEMINGGU.HARI DAN WAKTU LATIHAN INI BERTAMBAH ADALAH DI SEBABKAN PERMINTAAN TINGGI DARIPADA MURID-MURID DEWASA KERANA MEREKA TIDAK MAHU BERCAMPUR DENGAN WAKTU LATIHAN MURID KANAK-KANAK.JADI SAYA HARAP LEPAS NI MURID DEWASA AKAN LEBIH BERSEMANGAT DAN MANTAP UNTUK BERGAYONG.P/S : LEPAS NI KALAU BUNYI BERDEBUK-BERDEBAKJANGAN LA TERKEJUT YE...

AYAHANDA CIKGU SHAM PUCHONG DALAM KEUZURAN

Assalamualaikum semua.Tadi saya ada mendapat pengkhabaran bahawa ayahanda cikgu sham puchong dalam keuzuran.Saya juga mendapat berita bahawa ayahanda cikgu sham telah dimasukkan ke dalam hospital selama 2 minggu.Saya tidak pasti apakah penyakit ayahanda beliau sehingga dimasukkan ke hospital.Apa-apa pun saya mengucapkan salam takziah kepada cikgu sham puchong dan keluarga diatas keuzuran yang dihadapi oleh ayahanda beliau.Marilah kita beramai-ramai berdoa untuk kesihatan ayahanda cikgu sham.

AGENDA MASYUARAT A.J.K DAN SESI PENERANGAN P.S.S.P.G.M DI GURUN KEDAH PADA 01.05.2009

Assalamualaikum semua.Pada 01.05.2009 (jumaat) lalu banyak topik dan usul yang di bincangkan di perjumpaan a.j.k dan sesi penerangan oleh AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID BIN RAJA MAT ISA di gurun kedah.Antaranya ialah tentang nilai baru bagi yuran perlimau tapak dan perlimau seni.Yuran perlimau tapak dahulu adalah RM 11.50 dan dinaikkan kepada RM17.50 manakala yuran perlimau seni pula yang dahulu adalah RM21.50 dan dinaikkan kepada RM27.50.Pada pendapat peribadi saya adalah wajar dinaikkan kedua-dua yuran perlimau tersebut selaras dengan peredaran zaman.Ini adalah di sokong oleh org lama merangkap ketua waris beradat dan abang kepada AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID serta biras kepada CIKGU AWANG BIN DAUD iaitu PAK NGAH MAT ARIS seperti mana kata beliau pada zaman gayong mula-mula di perkenalkan yuran asal bagi perlimau tapak ialah RM 7.50 sahaja manakala yuran perlimau seni adalah RM 17.50 sahaja.Kemudian kedua-dua yuran tersebut dinaikkan bagi yuran perlimau tapak dari RM 7.50 kepada RM 11.50 manakala yuran perlimau seni dari RM 17.50 kepada RM 21.50.Bagi cadangan yang baru dan dipersetujui oleh a.j.k setiap negeri dan para pemerhati yuran perlimau tapak dan yuran perlimau seni sekali lagi akan dinaikkan bagi selaras dengan peredaran zaman.Yuran perlimau tapak akan dinaikkan dari RM 11.50 kepada RM 17.50 manakala yuran perlimau seni pula adalah dari RM 21.50 kepada RM 27.50.Kedua-dua yuran tersebut telah ditetapkan dan akan berkuat-kuasa pada 01.01.2010.Penguatkuasaan tersebut telah dinyatakan dengan jelas oleh CIKGU KASTURI BIN DATO' RAJA ABDUL MAJID yang merupakan SETIAUSAHA AGONG DAN KETUA MAJLIS GURULATIH P.S.S.P.G.M.Usul lain yang dicadangkan ialah tentang penguatkuasaan logo baru bagi urusan rasmi dan akan dipakai oleh setiap anak-anak pusaka gayong pada baju masing-masing.Contoh logo tersebut boleh dilihat dibahagian atas blog saya sendiri.Logo tersebut sudah lama diguna pakai tetapi masih belum diusul kepada pihak pendaftaran.Jadi logo baru ini akan diusul kepada jabatan daftar tubuh pertubuhan secepat yang mungkin bagi meluluskan dan sah untuk diguna pakai oleh setiap anak-anak gayong p.s.s.p.g.m.Usul yang seterusnya adalah pelancaran BIRO EKONOMI MAJLIS GURULATIH P.S.S.P.G.M yang mana biro ini diketuai oleh CIKGU KASTURI sendiri.Tujuan utama biro ini dilancarkan adalah untuk membantu pertubuhan p.s.s.p.g.m bagi menjana tabung kewangan p.s.s.p.g.m sendiri.Ahli yang berminat boleh mendapatkan borang daripada saya sendiri.Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 56.00.Pecahan yuran tersebut adalah RM 36.00 yuran tahunan, RM 10.00 bagi kad kuasa/kad keahlian biro ekonomi majlis gurulatih p.s.s.p.g.m dan RM 10.00 bagi sticker.Ahli yang daftarkan diri dalam biro ekonomi majlis gurulatih ini juga akan dapat kemudahan seperti dana khairat.Pada sesi penerangan dan ramah mesra oleh ayahanda dato' raja abdul majid pada waktu petang pula ialah beliau menyeru kepada semua anak-anak gayong agar bersatu padu dan mengembalikan semangat kegemilangan gayong tak kira apa pun pangkat dalam pertubuhan.Beliau mengingatkan tiada perbezaan antara anak-anak gayong yang lama dan anak-anak gayong baru,kedua-duanya sama-sama bertanggungjawab untuk memulihkan ikatan sesama gayong.Majlis pada petang tersebut telah dihadiri oleh beberapa ahli majlis waris beradat,ahli majlis gurulatih dan beberapa ahli dari bahagian pentadbiran..

MASYUARAT A.J.K PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA DENGAN INI SAYA INGIN MENGWAR-WARKAN BAHAWA SATU MAJLIS MASYUARAT AHLI JAWATAN KUASA PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA AKAN DIAKADAN.SEMUA AHLI JAWATAN KUASA NEGERI DAN AHLI MAJLIS WARIS BERADAT DIWAJIBKAN HADIR BAGI MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID BIN RAJA MAT ISA.MASYUARAT ITU AKAN BERLANGSUNG PADA :

TARIKH : 01.05.2009

MASA : 1500 (3.00 PETANG SELEPAS SOLAT JUMAAT)

TEMPAT : PUSAT LATIHAN TERTINGGI PERTUBUHAN
SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA
GURUN,KEDAH DARUL AMAN

MASYUARAT DIKENDALIKAN OLEH : Y.M AYAHANDA
DATO' RAJA
ABDUL MAJID BIN
RAJA MAT ISA

TAHNIAH KEPADA ABG ABU HASSAN DARI PUCHONG PERDANA

Pada jam 11.11 pagi tadi saya ada mendapat satu berita dari sahabat gayong saya iaitu abg abu hassan dari puchong perdana yang mengatakan bahawa isteri beliau telah selamat melahirkan anak perempuan pada jam 9.52 pagi tadi.Saya dengan ini mewakili semua anak buah saya dari gelanggang pusaka gayong subang perdana ingin mengucapkan syukur dan tahniah kepada abg abu hassan dan isteri.Moga bertambah seri lagilah rumah tangga beliau.p/s : harap-harap jadi serikandi gayong pada masa akan datang.INSYAALLAH...

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENUNTUT UITM PUNCAK PERDANA SHAH ALAM

Semalam pada tarikh 01.04.09 tiga orang penuntut UITM PUNCAK PERDANA SHAH ALAM telah datang bertemu dengan saya atas sebab ingin menemuramah tentang sejarah kelahiran dan pembinaan gelanggang pusaka gayong di tempat saya.Dengan diketuai oleh CIK EKA pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk menyiapkan assignment mereka tentang pembukaan silat gelanggang melayu.Alhamdulillah kiranya mereka pun amat berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan bagi menjawab soalan-soalan mereka.Terus terang dan rasa rendah diri saya memberitahu kepada mereka yang saya sepatutnya mereka tak perlu untuk temuramah di sebabkan gelanggang saya masih baru dan dalam proses pembinaan lagi.Apa-apa pun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CIK EKA dan kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa bersama saya.Moga kita dapat berjumpa lagi.Saya juga menjemput mereka bertiga ke majlis adat-istiadat mandi tapak,mandi seni,mandi minyak dan penerimaan sandang di tempat saya pada 11.04.2009.

Cikgu Jebat dalam kombat

Aksi Cikgu Majid dan Cikgu Jebat