26 October 2009

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENUNTUT UITM PUNCAK PERDANA SHAH ALAM

Semalam pada tarikh 01.04.09 tiga orang penuntut UITM PUNCAK PERDANA SHAH ALAM telah datang bertemu dengan saya atas sebab ingin menemuramah tentang sejarah kelahiran dan pembinaan gelanggang pusaka gayong di tempat saya.Dengan diketuai oleh CIK EKA pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk menyiapkan assignment mereka tentang pembukaan silat gelanggang melayu.Alhamdulillah kiranya mereka pun amat berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan bagi menjawab soalan-soalan mereka.Terus terang dan rasa rendah diri saya memberitahu kepada mereka yang saya sepatutnya mereka tak perlu untuk temuramah di sebabkan gelanggang saya masih baru dan dalam proses pembinaan lagi.Apa-apa pun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CIK EKA dan kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa bersama saya.Moga kita dapat berjumpa lagi.Saya juga menjemput mereka bertiga ke majlis adat-istiadat mandi tapak,mandi seni,mandi minyak dan penerimaan sandang di tempat saya pada 11.04.2009.

No comments:

Cikgu Jebat dalam kombat

Aksi Cikgu Majid dan Cikgu Jebat