26 October 2009

AGENDA MASYUARAT A.J.K DAN SESI PENERANGAN P.S.S.P.G.M DI GURUN KEDAH PADA 01.05.2009

Assalamualaikum semua.Pada 01.05.2009 (jumaat) lalu banyak topik dan usul yang di bincangkan di perjumpaan a.j.k dan sesi penerangan oleh AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID BIN RAJA MAT ISA di gurun kedah.Antaranya ialah tentang nilai baru bagi yuran perlimau tapak dan perlimau seni.Yuran perlimau tapak dahulu adalah RM 11.50 dan dinaikkan kepada RM17.50 manakala yuran perlimau seni pula yang dahulu adalah RM21.50 dan dinaikkan kepada RM27.50.Pada pendapat peribadi saya adalah wajar dinaikkan kedua-dua yuran perlimau tersebut selaras dengan peredaran zaman.Ini adalah di sokong oleh org lama merangkap ketua waris beradat dan abang kepada AYAHANDA DATO' RAJA ABDUL MAJID serta biras kepada CIKGU AWANG BIN DAUD iaitu PAK NGAH MAT ARIS seperti mana kata beliau pada zaman gayong mula-mula di perkenalkan yuran asal bagi perlimau tapak ialah RM 7.50 sahaja manakala yuran perlimau seni adalah RM 17.50 sahaja.Kemudian kedua-dua yuran tersebut dinaikkan bagi yuran perlimau tapak dari RM 7.50 kepada RM 11.50 manakala yuran perlimau seni dari RM 17.50 kepada RM 21.50.Bagi cadangan yang baru dan dipersetujui oleh a.j.k setiap negeri dan para pemerhati yuran perlimau tapak dan yuran perlimau seni sekali lagi akan dinaikkan bagi selaras dengan peredaran zaman.Yuran perlimau tapak akan dinaikkan dari RM 11.50 kepada RM 17.50 manakala yuran perlimau seni pula adalah dari RM 21.50 kepada RM 27.50.Kedua-dua yuran tersebut telah ditetapkan dan akan berkuat-kuasa pada 01.01.2010.Penguatkuasaan tersebut telah dinyatakan dengan jelas oleh CIKGU KASTURI BIN DATO' RAJA ABDUL MAJID yang merupakan SETIAUSAHA AGONG DAN KETUA MAJLIS GURULATIH P.S.S.P.G.M.Usul lain yang dicadangkan ialah tentang penguatkuasaan logo baru bagi urusan rasmi dan akan dipakai oleh setiap anak-anak pusaka gayong pada baju masing-masing.Contoh logo tersebut boleh dilihat dibahagian atas blog saya sendiri.Logo tersebut sudah lama diguna pakai tetapi masih belum diusul kepada pihak pendaftaran.Jadi logo baru ini akan diusul kepada jabatan daftar tubuh pertubuhan secepat yang mungkin bagi meluluskan dan sah untuk diguna pakai oleh setiap anak-anak gayong p.s.s.p.g.m.Usul yang seterusnya adalah pelancaran BIRO EKONOMI MAJLIS GURULATIH P.S.S.P.G.M yang mana biro ini diketuai oleh CIKGU KASTURI sendiri.Tujuan utama biro ini dilancarkan adalah untuk membantu pertubuhan p.s.s.p.g.m bagi menjana tabung kewangan p.s.s.p.g.m sendiri.Ahli yang berminat boleh mendapatkan borang daripada saya sendiri.Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 56.00.Pecahan yuran tersebut adalah RM 36.00 yuran tahunan, RM 10.00 bagi kad kuasa/kad keahlian biro ekonomi majlis gurulatih p.s.s.p.g.m dan RM 10.00 bagi sticker.Ahli yang daftarkan diri dalam biro ekonomi majlis gurulatih ini juga akan dapat kemudahan seperti dana khairat.Pada sesi penerangan dan ramah mesra oleh ayahanda dato' raja abdul majid pada waktu petang pula ialah beliau menyeru kepada semua anak-anak gayong agar bersatu padu dan mengembalikan semangat kegemilangan gayong tak kira apa pun pangkat dalam pertubuhan.Beliau mengingatkan tiada perbezaan antara anak-anak gayong yang lama dan anak-anak gayong baru,kedua-duanya sama-sama bertanggungjawab untuk memulihkan ikatan sesama gayong.Majlis pada petang tersebut telah dihadiri oleh beberapa ahli majlis waris beradat,ahli majlis gurulatih dan beberapa ahli dari bahagian pentadbiran..

No comments:

Cikgu Jebat dalam kombat

Aksi Cikgu Majid dan Cikgu Jebat